Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri" menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Jepun, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap dirinya sendiri.
![]() |
| Kedudukan buah catur sebelum permulaan |
![]() |
| Jam Catur Digital |
![]() |
| Grafik kendudukan buah catur |
Saya belajar bermain catur semasa saya berada ditingkatan 6 pada tahun 1994,walaupun agak terlewat tetapi tidak bermakna saya tidak boleh untuk mempelajari permainan ini.Saya hanya mengambil masa seminggu untuk mempelajari asas dalam permainan ini,selepas itu saya boleh sudah bermain.Walau bagaimanapun agak sukar saya untuk mengalahkan lawan-lawan saya..asyik kalah saja,tetapi ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus bermain catur.Saya telah berjumpa dengan sahabat lama saya.Dia agak terkejut apabila dia tahu saya sudah pandai bermain catur.Dia mengajak saya bermain permainan ini.Semasa kami berada dtingkatan 4,rakan saya ini selalu mengajak saya bermain,saya memberitahunya bahawa saya tidak pandai bermain,kalau bermain Dam saya pandai,dia gelakkan saya,katanya permainan catur ini lebih menarik dan mencabar berbanding Dam.Keputusan perlawanan kami 3-0 saya kalah,apabila dia melihat cara dan corak permainan saya,dia menasihatkan saya agar pergi ke perpustakaan daerah untuk meminjam buku-buku catur dari sana saya boleh belajar lebih banyak lagi cara dan strategi dalam permainan ini.Nasihat kawan saya itu memang betul,Saya telah meminjam beberapa buah buku catur dan membacanya,APA YANG PERTAMA KALI SAYA BELAJAR ADALAH BELAJAR DARI PERMAINAN JUARA JUARA CATUR PADA MASA DAHULU.Untuk pengetahuan semua salah satu kelebihan permain catur ini ialah GERAKAN ATAU CARA JALAN PERMAIN INI BOLEH DIREKODKAN DAN DI ULANG SEMULA OLEH ORANG LAIN,ianya diibarakan seperti rakaman permainan bola sepak yang kita boleh ulang siar atau ulang tayang berkali kali,Saya amat teruja apabila meminjam buku catur,pertama yang saya lakukan adalah melihat seberapa banyak gerakan dan cara permainan catur dari pemain pemain catur terdahulu yang saya ada permainan yang paling awal dimainkan ada dalam rekod iaitu permainan yang dimainkan pada tahun 1600 atau abad ke 16
![]() |
| Bukaan Permainan Giaoco Piano / Italian Opening |
Ini adalah bukaan yang sering saya gunakan ketika bermain catur selepas saya tahu bagaiman cara bermain dengan betul.
Saya akan sambung pada cacatan yang seterusnya..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan